Cacat tidak halang capai kecemerlangan


GOMBAK: “Saya mahu bantu keluarga di kampung, ini saja harta yang saya ada untuk membalas jasa kedua ibu bapa.”

Itulah kata-kata graduan Orang Kurang Upaya (OKU) Nik Nor Ermiza Rozana Mustafa, 27, selepas menerima Anugerah Khas, Abdullah Ibnu Umm Maktum pada majlis Konvokesyen Ke-25 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini semalam.

Dilahirkan cacat dan dalam kedaifan bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan. Namun itu tidak pernah melemahkan semangat Nik, anak seorang petani dari Kampung Gong Pak Mentosa, Besut, Terengganu.

Anak sulung enam beradik yang dilahirkan dengan Osteogenesis imperfecta (penyakit kerapuhan tulang) bersyukur usaha keras selama lima tahun akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Bercita-cita untuk menjadi Penasihat Undang-Undang suatu hari nanti, Nik kini memulakan program ijazah berkembar dalam bidang syariah sejak Julai lalu.

Rakannya yang turut menerima anugerah sama, Syarifah Mohamad Aminallah (masalah serebrum palsi) pula adalah anak peneroka Felda di Felda Jengka 19, Temerloh Pahang. Syarifah yang pernah menerima Anugerah Tan Sri Khir Johari atas kecemerlangan akademik kini bertugas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Syukur insan seperti kami tidak pernah dipinggirkan di sini, malah UIAM sepatutnya dijadikan teladan sebagai antara institusi pengajian tinggi yang mesra OKU,” katanya.

Sementara itu Hadiah Pelajar Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Mastura Mat Rosly (Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri) yang juga menerima Hadiah Presiden, manakala Anugerah Pelajaran Diraja diberikan kepada Norliyana Mazli (Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri) dan Rabiatul Adawiah Abd Rahman (Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang).
shbt2 muhasabah smula ape sbnarnye yang menghalang kita mencapai kejayaan??tak lain tak bukan ANFUSANA...JADI THINK POSITIVE IN WHATEVER WE DO...ALLAH WITH US INSYAALLAH

pilihlah yang bersih

secara fitrahnya semua orang mahukan yang suci dan bersih tak kira apa jua aspek..
jadi pangkahla calon yang bersih..anda akan bertanggungjawab di atas pemangkahan anda kelak...terus berdoa kepada Allah moga Hidayahnya akan sampai pada kita...

perkongsian harakah

Klik di sini

pilihanraya dun bagan pinang


11 okt adalah tarikh yang ditetapkan untuk pilihanraya dun bagan pinang..Maka akan keluarlah pengundi2 pada hari tersebut..bijak lah dalam membuat pilihan..

perkongsian berita dari akhbar

http://www.malaysiakini.com/news/112815