perbincangan bacaan doa akhir dan awal tahun..

ahlan ya muharram

Muharram Menjelang Lagi

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Perihal 7 AyatBarang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteriFadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskinFadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marahFadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesatFadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimFadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. BersedekahFadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diriFadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi SunatFadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. BercelakFadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kaliFadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaatFadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasaFadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. PuasaNiat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

http://tazkeerah.tripod.com/usrahcollection.html

testimoni?

Turunkan Berat Badan Dengan Air

Sumber dari :
http://www.eizil.com/2007/06/05/kesihat%20...%20engan-air/

So basically program ni adalah diet program dengan tidak mengambil carbohidrate dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni takder aa ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya… so kita kena aa buang air yang berlebihan.Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena aa minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan. Memang itu adalah perkara yang biasa laa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehidrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.Time aku dok ikut program ni, aku minum lebih kurang 1-2 liter air kosong dalam sejam, ikut tempat aa… sebab takkan kalau kuar jejalan jejauh, nak bawa air dua tiga tangki, penat aa plaks kan… tapi kalau lerh bawa okay gak. So itu yang pertama, perkara paling penting yang kita kena buat.

Kemudian kita pergi kepada pemakanan, secara dasarnya kita kurangkan pengambilan karbohidrat. Mungkin ramai tak setuju dengan benda ni, tapi ini adalah salah satu program diet yang berada di pasaran… hehehe… so nak ikut atau tak terpulang.

So basically kita akan lebih banyak ambil daging dan sumber² protein. Tapi masih kurangkan gula. Ramai yang ingin diet dengan memakan buah²an. Namun kita perlu ingat, buah²an berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. So secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah²an adalah menyeksa diri.. sebab kita akan lapar… huhuhu…Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu.
Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakananan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tghari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja² seharian. Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tghari dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk tetiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tghari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau lerh buang aa kulit tu erk… tak sehat… kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber² vitamin dari sayuran atau buah²an.Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. So kena elakkan. Kalau taklerh nak berhenti, kurangkan laa tabiat meminum minuman ini. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu. Makanlaa sup sayur atau benda² yang tidak terlalu berat mengikut citarasa masing².
Kepada penggemar² kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak amek gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah²an, dan pelbagai lagi.So secara dasarnya macam tu aaa… so ringkasan dalam bentuk senarai untuk memudahkan sesiapa yang ingin menggunakan program ini.
Minum air kosong dengan banyak Kurangkan pengambilan carbohidrat kurangkan pengambilan gula Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain² Secara dasarnya itu jer yang kita perlukan. InsyaAllah akan turun laa berat badan tu nanti. Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, berjogging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Kegiatan suka window shopping juga boleh dijadikan riadah kerana kita akan berjalan ke sana ke sini. So kepada mereka² yang suka bershopping tu, bolehlah jadikannya sebagai riadah secara tak langsung. hehehe… Program diet ini aku belajar daripada seorang Dietian dari Amerika. Dia ajar aku macam mana nak lakukan program ini kira² 2 tahun lepas. Kalau ada sesiapa yang memerlukan panduan terperinci untuk individu, sila hubungi aku, nanti aku sediakan program untuk kesesuaian aktiviti harian korang. Jangan risau, aku kongsi percuma jer… tak perlu bayar memahal macam kalau gi program² lain tu… hehehe… Pesanan terakhir… “Jangan berlapar untuk diet“… hehehee…

diet dengan air???

SIAPA pun pastilah ingin memiliki bentuk tubuh yang ramping dan semampai. Bukan hanya wanita, kaum pria juga banyak yang berminat menurunkan berat badan demi terbebaskan dari obesitas alias kegemukan. Banyak cara ditempuh untuk mendapatkan berat badan dan bentuk tubuh ideal. Selain tidak membutuhkan biaya mahal, jika dilakukan dengan benar, diet dengan air putih bisa menurunkan berat badan lebih cepat sekaligus menyehatkan tubuh. Salah satu diet yang sehat dan minim risiko adalah diet dengan air putih.

Caranya, sebelum makan, entah itu sarapan, makan siang ataupun makan malam, mereka yang ingin berdiet diwajibkan meminum dua gelas air putih. Setelah itu baru mengonsumsi makanan seperti biasa.

"Diet dengan air putih seperti ini, cukup membuat orang-orang mengurangi asupan makanan seperti junk food ke dalam tubuh, itu karena dengan dua gelas air putih, membuat kita kenyang duluan, dan membuat makan tidak terlalu banyak," kata ahli gizi dari Klinik Slim and Beauty Wanda Hamid. Manfaat air,menurut Wanda, begitu besar bagi tubuh.
Selain untuk menjaga kesegaran tubuh, membantu melancarkan pencernaan, menyembuhkan berbagai macam penyakit dan mengeluarkan racun dalam tubuh. Selain itu air putih juga dapat membantu mengurangi berat badan. Air putih merupakan elemen penting dalam proses metabolisme (pembakaran kalori) dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi energi. "Air juga berperan untuk mendorong reaksi kimia metabolisme. Jadi, apabila tidak minum cukup air, maka bisa dipastikan tubuh tidak akan membakar kalori dengan baik," ujarnya lagi.
Diet dengan air putih, menurut Wanda, merupakan salah satu diet yang telah dilakukan di berbagai belahan dunia, mulai Amerika, Eropa hingga Jepang. Namun, di Indonesia, diet dengan air putih harus disosialisasikan kembali. Alasannya, masyarakat Indonesia masih lebih suka diet secara instan dengan mengonsumsi obat-obat pelangsing. "Risiko diet dengan air putih tidak terlalu besar dibandingkan dengan diet dengan menggunakan obat pelangsing ataupun diet dengan mengurangi asupan makanan," kata wanita berkacamata ini. Selain melakukan diet air dengan mengonsumsi air putih dua gelas sebelum makan, Wanda juga menyarankan agar bagi mereka yang mengikuti diet seperti ini berkonsultasi dengan dokter ataupun ahli gizi. Pasalnya, jangka waktu yang dibutuhkan setiap orang untuk mendapatkan hasil yang maksimal berbeda-beda. "Ada orang yang membutuhkan satu gelas saja sebelum makan, atau ada pula yang membutuhkan dua atau tiga gelas. Itu tergantung ting kat kebutuhan tubuh untuk diet," tuturnya.

http://lifestyle.okezone.com/index.php/ReadStory/2008/07/28/27/131616/capai-tubuh-ideal-dengan-air-putih