MERDEKA(ENGLISH VERSION)
Hari Merdeka (Independence Day) is a national day of Malaysia commemorating the independence of the Federation of Malaya from British colonial rule, celebrated on August 31. In a wider context, it is to celebrate the formation of Malaysia.[citation needed]
Malaya Independence
The effort for independence was spearheaded by Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, the first Prime Minister of Malaysia, who led a delegation of ministers and political leaders of Malaya in negotiations with the British in London for Merdeka, or independence along with the first president of the Malayan Chinese Association (MCA) Tun Dato Sir Tan Cheng Lock and fifth President of Malaysian Indian Congress Tun V.T. Sambanthan. Once it became increasingly clear that the Communist threat posed during the Malayan Emergency was petering out, agreement was reached on February 8, 1956, for Malaya to gain independence from the British Empire. However, for a number of logistical and administrative reasons, it was decided that the official proclamation of independence would only be made the next year, on August 31, 1957, at Stadium Merdeka (Independence Stadium), in Kuala Lumpur
http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Merdeka
KEMERDEKAAN
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.
Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.
Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian — di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.
Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat penurunan kuasa). Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.
Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan Arbroath oleh Scotland yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.
Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas.
Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya dirayakan sebagai hari kelepasan negara yang dikenali sebagai hari kemerdekaan.
Utama Mendalami Islam Renungan Mengisi Kemerdekaan Dengan Jiwa Merdeka
Mengisi Kemerdekaan Dengan Jiwa Merdeka
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaan
MERDEKA PERSPEKTIF ISLAM
31 Ogos 1957 merupakan hari keramat untuk warga Tanah Melayu. Pada tarikh tersebut Tanah Melayu secara rasmi diisytiharkan merdeka daripada penjajahan British selepas satu abad lebih terjajah. Kemerdekaan merupakan satu nikmat bagi sesebuah negara. Ia adalah lambang kemulian dan kedaulatan. Ia bererti kebebasan daripada kongkongan penjajahan. Ia juga bermaksud kebebasan untuk mentadbir sendiri negara tanpa perlu terikat dengan telunjuk tangan penjajah.
Namun dalam mengisi kemerdekaan ini, jiwa warga sesebuah negara perlu lebih bebas dan merdeka. Kemerdekaan bukan bererti sekadar secara fizikalnya para penjajah meninggalkan negara ini. Tetapi yang lebih utama pemikiran, gaya hidup dan akhlak penjajah juga perlu dinyahkan dari bumi tercinta ini.
Sejarah dunia menunjukkan bahawa kemerdekaan sesebuah negara tidak akan berlaku melainkan setelah para penjajah merasakan segala kepentingan mereka tidak terjejas. Caranya ialah dengan memastikan bahawa para pentadbir baru yang bakal mentadbir negara juga perlu berfikiran seperi mereka. Inilah yang dikatakan “penjajahan minda”. Inilah juga cara penjajahan era moden.
Penjajahan berlaku pada minda, akhlak, tingkah laku dan cara fikir kerana warga di negara merdeka masih berkiblatkan penjajah. Inilah yang disedari oleh Abu A`lla al-Maududi, seorang pemikir dan ilmuwan Islam yang terkemuka di bumi India di kala India mendapat kemerdekaan dan berlaku perpecahan negara kepada India dan Pakistan. Beliau menyatakan: “Telah pergi orang Inggeris yang berkulit merah namun masih kekal Inggeris berkulit sawo matang”.
Maksud beliau ialah meskipun para penjajah telah pergi, namun bakal –bakal pentadbir yang menggantikan mereka masih berfikiran seperti penjajah dalam menguruskan negara. Justeru, kiblat dan panduan mereka tetap ke barat. Lantaran itu, laungan merdeka tidak wajar hanya menjadi retorik kosong. Ia perlu dilaungkan dengan semangat dan jiwa yang merdeka daripada sebarang idea dan cara hidup penjajah. Inilah usaha besar yang perlu dilakukan oleh warga merdeka.
Hakikat kemerdekaan dalam Islam pula disorot dari perspektif hubungan manusia dan PenciptaNya. Orang yang benar-benar merdeka ialah golongan yang berjaya membebaskan diri daripada kongkongan nafsunya, lalu menyerahkan dirinya untuk berada di bawah tunjuk ajar Allah iaitu Tuhan yang mencipta, memiliki dan menguruskan alam semesta ini.
Inilah mesej kemerdekaan yang dibawa oleh pejuang-pejuang Islam di awal Islam ketika mereka berusaha membebaskan bangsa dan kaum yang lemah daripada cengkaman penjajahan Rom dan Parsi yang merupakan dua kuasa besar dunia ketika itu. Ini dapat dilihat menerusi ungkapan seorang pejuang Islam dihadapan Rustum panglima perang Rom: “Allah mengutuskan kami untuk kami mengeluarkan manusia daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Tuhan Pencipta manusia, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam, daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup di akhirat.”
Inilah mesej agung kemerdekaan yang dilaungkan dengan beraninya di hadapan pemimpin besar kerajaan besar dunia ketika itu dengan penuh kebanggaan dan keberanian. Mesej merdeka Islam mempunyai wawasan yang jauh. Ia bukan terhenti setakat kehidupan di dunia malah menjangkau hidup selepas alam kematian. Ia bukan sekadar bererti kemerdekaan fizikal, malah ia merupakan kebebasan cara fikir daripada kongkongan manusia yang engkar kepada Allah. Ia bererti tunduk di bawah kekuasaan Allah kerana hanya dengan tunduk kepada Allah para pemerintah akan berjaya memerintah dengan penuh keadilan.
Tanggungjawab pemerintah yang telah mengecapi kemerdekaan jiuga besar. Ia disebut oleh Allah dalam firmanNya bermaksud: "Mereka yang apabila Kami beri kepada mereka kekuasaan, mereka menegakkan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh manusia melakukan kebaikan, melarang manusia melakukan kemungkaran, dan hanya milik Allah kesudahan segala perkara.” (al-Haj; 41).
Justeru, jiwa merdeka ialah jiwa yang bebas daripada kongkongan minda penjajah yang kufur kepada Allah. Ia bererti bebas daripada terikut-ikut dengan cara hidup mereka yang berkiblatkan nafsu. Ia bererti bebas dari cengkaman nafsu serakah yang jahat. Jiwa merdeka ialah yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kepatuhan inilah menjadikan mereka berusaha mentadbir negara dengan peraturan Allah. Hasilnya keadilan akan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.
http://www.darulfuqaha.com/
MERDEKA DAN SEJARAH
Sejarah Kemerdekaan - 31 Ogos 1957 **
Pada tahun 1946, Inggeris telah kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah. Namun rakyat telah menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui diri mereka.
Oleh hal yang demikian, Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent merupakan orang yang pertama telah dihantar untuk menerajui Malayan Union. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.
Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia.
Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.
0 comments:
Post a Comment